Tupperware Cik Puan Izan

Tupperware Cik Puan Izan

Sunday, December 15, 2013

Tersepit Jari Tapi Terbalas Dengan Senyuman Akhirnya

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...
nak ceritakan pengalaman Izan bulan lepas... Entah macam mana ibu jari sebelah kiri  tersepit pintu kereta... Sakitnya hanya Allah sahaja yang tahu... memang tak terkata.. sampai mentis air mata...huhu... sebelah badan rasanya sakit. Sampai 3 hari tak boleh tido lena. 

 Bila dah jadi macam ni teruk...dah tak boleh tido barulah terhegeh-hegeh pergi klinik... Tapi, doktor kata tak dapat diselamatkan lagi. Terpaksa dibuang kukunya. Ingat tau kawan-kawan.. kalau tersepit pintu cepat-cepat pergi klinik tau. nanti doktor ada cara macam mana nak buat... Ni haa...dah berbalut... sakit wooo... lepas tu baru hilang sikit sakitnya... hilang sikit jer.
Selama sebulan juga Izan tak buat kerja-kerja rutin kat rumah seperti basuh pinggan dan mandikan anak... bisnes kuih frozen pun tak jalan tau.. dah ramai yang tertanya-tanya.... Tapi, Izan bersyukur dalam masa yang sama Izan ada bisnes lain juga yang tak memerlukan Izan banyak bergerak dan gunakan jari yang sakit ni... Apa lagi kan kalau bukan bisnes "Tupperware"... Syukur sangat... kalau tak macam mana Izan nak tambah income dan bantu keluarga...

Gembira tak terkata bila dapat cheque dari Tupperware Brands... cheque ke 2 ni Izan dapat rm600+... Syukur Alhamdulillah...bagi Izan sangat banyak... income berganda..!! Mana taknya, cheque pertama Izan hanya rm40+ sahaja...
Oklah...kalau ada yang nak tanya Izan apa-apa contact saja Izan yer... 017-3120 116... mana tau ada yang minat nak join bisnes Tupperware atau nak bisnes kuih frozen ker...hehe... Izan buat semua yang Izan suka...semuanya part time kerana Izan juga seorang isteri dan pekerja.

Thursday, December 5, 2013

Sunday, November 10, 2013

Penghargaan Buat Team Power Sambil Beriadah

Assalamualaikum...
 Aktiviti Team Power bukan sahaja Party dan Roadshow.. tetapi bersukan untuk menyihatkan badan.. untuk anda yang mahu sertai TEAM POWER boleh hubungi saya.

Alhamdulillah.. walaupun 2 jam berBADMINTON di Pro One Wangsa maju.. seramai 26 orang telah hadirkan diri.. dan kemeriahan memang terserlah bila recognition dilakukan di court badminton.. agak lucu.. tapi inilah kelainan TEAM POWER. dimana sahaja boleh diadakan aktiviti.. semua menunjukkan semangat yang tinggi.  terima kasih kepada semua yang hadir.. semoga kita sihat dan bersukan disamping berTUPPERWARE
Kemeriahan keluarga Team Power
Sambil berbisnes kami beriadah bersama untuk kesihatan.
Bestnyaaa jadi ahli group ni.
 

penghargaan untuk kami yang bakal bergelar DIRECTOR...
Seronok tak terkata bila dapat penghargaan dari upline saya.... sengih sampai ke telinga...

 yang paling seronok tak terkata.. kami boleh pilih hadiah yang kami nak...tengoklah tu aksi saya...yahoooo...
Yan...d/line saya yang sangat bersemangat.. baru 5 hari bersama Team Power tetapi sudah berjaya recruit 3 ahli...tahniah Yan..
Liana pun d/line saya.. mendapat tips dan semangat dari sifu untuk lebih berjaya... Syabas Liana...

tak sangka hb pun dapat penghargaan... inilah yang saya suka dgn Team Power...sentiasa menghargai... Lepas ni dah tak susah lagi untuk menemai saya..hehe...


Kesemua hadiah yang saya dapat malam tu... juga door gift dari Europe.. ada lagi pouch dari Europe tapi telupa nak ambil gambar.... kesemua ini memberikan saya semangat untuk lebih berusaha keras...
kami di dalam Team Power sentiasa amalkan konsep di hargai dan menghargai... sentiasa membantu sesama ahli... sentiasa keep in touch...
 saya juga menghargai d/line saya dengan memberi hamper seperti di atas bila d/line saya mencapai target... jika anda pun mahu... jangan tunggu lama untuk buat keputusan.. bertindak sekarang...



Nak join jangan malu-malu... anda boleh pm saya.... sms@whatsapp pun boleh 

Izan 017-3120116




Wednesday, November 6, 2013

Masa Depan Anak-anak bergantung Pada Pendapatan dan Masa Kita Bersama Mereka

Assalamualaikum...
Hari ini Izan nak kongsikan dengan anda semua testimoni seorang ahli Tupperware Brands yang berjaya. 

"Masa Depan Anak-anak bergantung Pada Pendapatan dan Masa Kita Bersama Mereka". Itu sebabnya saya memilih untuk menyertai bisnes bersama Tupperware Brands. Dengan pendapatan tetap yang tidak terbatas, saya dapat membiayai pendidikan yang berkualiti dan memerhatikan pemakanan anak-anak saya. Selain itu saya juga dapat menyediakan tabungan untuk masa depan si kecil. saya juga berpeluang untuk bermain dengan anak saya, membantunya menyiapkan kerja sekolah, memasak makanan kesukaannya, dan bersiar-siar bersama. Bagi saya kasih sayang dan masa untuk keluarga adalah paling utama.

Tingkatkan taraf hidup anda bersama Tupperware Brands
 
Memperkayakan * Mendidik * Menceriakan

Ayuh sertai ribuan wanita Malaysia dan lebih 2 juta di serata dunia yang telah berjaya bersama Tupperware Brands.  Tupperware Brands telah di anugerahkan sebagai "Fortune's Most Admired Companies 2008" dan Forbe's America's Best Big Companies 2008".
 
Jadi, sesiapa yang berminat boleh join saya dalam Tupperware, saya akan ajar anda bagaimana untuk menjana pendapatan tetap yangg lumayan selaian pelbagai insentif, bonus & pelbagai hadiah yang akan anda dapat dalam Tupperware.
 
Anda bayar RM70, anda akan dapat satu Kit Bag. Dalam kit bag tersebut terdapat info-info mengenai Tupperware selain hadiah yg menarik...
Sila contact Izan untuk maklumat lanjut 017-3120 116

Sunday, November 3, 2013

Katalog November 2013

Assalamualaikum...
sungguh cepat masa berlalu... diam tak diam dah sebulan Izan Menyertai Tupperware Brands dalam keluarga Team Power. Banyak yang Izan dapat belajar. Mereka sangat bersemangat dan sangat supportive... suka sangat dapat jadi sebahagian dari keluarga Team power.
Okay! di sini Izan kongsikan katalog untuk bulan ini yer...


 kepada yang berminat sila hubungi Izan 017-3120116

Wednesday, October 30, 2013

Penyakit 2M

 Assalamualaikum...
 Di sini Izan nak kongsikan sesuatu yang bermanafaat untuk semua... Izan copy ni dari wall sedara Izan. Sesuatu yang baik elok di kongsi bersama... sila baca yer kawan-kawan...


 
Kalau nak jadi usahawan , kena bersedia untuk antibodi diri dari penyakit 2M. Ape tu penyakit 2M…

Penyakit berjangkit yg sgt saya takut : Malas & Malu . Kadang2 mmg ada tanda2 penyakit nie nak menyerang….kena cepat2 cari ‘ubat’ dan selamatkan diri. Sebab kalau dah dpt penyakit 2M nie..masyallah amatlah susah nak baik.

Penyakit Malas nie yg paling kronik dan saya sendiri selalu terkena penyakit nie..kena sentiasa beringat dan cepat2 berubat....

Bahaya penyakit MALAS

Malas bangun pagi...tertutup pintu rezeki..

Malas nak buat promosi..tunggu client bukan cari client…confirm business tak lama.

Malas nak buat accnt…untung ke..rugi ke..sedar2 duit modal dah ‘hilang’.

Malas nak beribadat dan berdoa… hilang berkat dlm hidup.
Dan bermcm2 Malas lagi…

Malas menjadi alasan untuk kurang bertindak….semua sekadar di mulut….hidup mmg tak kemana2.

Malas untuk merancang….masa berlalu tanpa sedar…bila dah sedar dah terlambat.

Yang bahayanya penyakit malas nie…penyakit yg menyerang dlm senyap…dan kalau kita tak betul2 muhasabah diri mmg kita tak rasa pun ada penyakit malas nie.

Antara tanda2 penyakit malas :

Hidup rasa tak tenteram dan tak terurus

Hidup takde kemajuan…masih disitu. Org lain dah kedepan...dn kita ketinggalan.

Sentiasa mengeluh dan asyik mencari salah keadaaan dan orang lain

Terasa mcm tak suka nak bergaul dgn org sebab rasa rendah diri

Kerja takde tapi masa pun takde…apa kita buat sebenarnya hari2 ???????

Jadi jom kita buang penyakit MALAS nie sebelum terlambat ..

YAKNI Sebelum datangnya 5 perkara :


p/s : lagi satu M..penyakit MALU ( yg tak bertempat ) ...bersambung nanti yaaaaa....

Kali Pertama Memborong Tupperware

Kali pertama memborong Tupperware.... Inilah dia hasilnya yang tak seberapa... Ni semua orang order tau... Alhamdulillah... kali pertama dah dapat sambutan memberansangkan...sepanjang sebulan menjadi ahli tupperware boleh dikatakan tiap-tiap minggu Izan ke stokis... banyak sangattt dapat order...syokkk...

 ni jer koleksi yang Izan ada... bila di susun macam nilah rupanya.... tengah mengumpul lagi ni... yang masih dalam kotak pun ada tapi sayang nak keluarkan...hehe... sebelum ni tak mampu nak pakai barang Tupperware Brands. Yerlah...saya ni bukanlah dari kalangan orang yang berduit... Sekarang bila dah jadi ahli segalanya tak mustahil.. ^__^
 yang ada isi Izan letak kat sini... yang ada dalam freezer lupa pulak nak amik gambar... Tong beras atau Rice Dispenser tu yang palingg Izan sayang... ia adalah hadiah dari mak mertua Izan. Ada lagi barang Yang Izan rasa perlu beli iaitu tempat simpan bawang, kentang dan cili kering nama dia Garlic Keeper. Bila barang-barang tersusun dengan betul barulah cantik dan kemas dapur kita. Nak memasak pun rajin...yer tak? hehehe... Okay! tong air tu  brands tipuware... sikit hari lagi akan diganti dengan Tupperware Brands... ;p
Alamakkk...!! bila dah susun Tupperware masuk dalam kabinet.. barang tipuware dah tak tau mana nak simpan... rasa nak sedekah jer kat saper-saper yang nak...hehe....maklumlah dah jatuh cinta dengan Tupperware Brands

Tuesday, October 29, 2013

Perkongsian Hebat Sifu Saya

Salam sejahtera semua..

Waktu lunch ini saya spend time nak bercerita sikit sebab dan musabab.. kena perlu kita pilih UPLINE kita.
Untuk pengetahuan anda semua.. saya memasuki tahun kedua 6 bulan dalam business ini. Saya menyedari betapi pentingnya kita mempunyai UPLINE yang kita pilih sendiri. Antara sebab kena saya berkata penting.. sebab dengan ada nyer UPLINE… ada wujud perpindahan asam garam dalam business sebab dia lebih makan garam dari kita.. dan UPLINE yang macam mana yang perlu kita pilih
SEBELUM SAYA MEMBERIKAN TIPS.. eloklah saya cerita serba serbi tentang penglibatan saya dalam Tupperware. Saya mula menjinakkan diri dalam bisness ini bila mana.. sewaktu saya sedang makan didapor.. kakak saya dating dan memberikan 1 buku katalog dan cakap
“dek syam.. ko pergi bawak katalog ini kat opis.. mana tahu ada order”
Nadanya macam tak mengharap sebab dia ala ala baru masuk pun.. tapi saya ini terus membuat tindakkan yang tak sepatutnya.. terus saya membalas..
“tak nak lah.. katalog niaga niaga nie.. malu lah nak niaga.. lagi lagi barang mak cik makcik.. tak nak lah”
Bile dengar nada ala ala mengomel.. kakak saya terus ala ala down..
“suke hati ko lah dek.. akak bagi ko 1 katalog nie”
Saya pun belek belek.. ala ala tak lah ada yang menarik pun.. itu pikiran waktu tu dan memang tak penah nak beli 1 pun Tupperware ..tapi  sebab sayangkan kakak ku.. saya terus bawak dan letak je kat atas meja.. lalu pergi ke kelas..
Disebabkan tempat saya nie agak terpencil dan selalu jadi lalu lalang akak akak.. maka mereka terus tanya harga barang tu.. yang bestnyer.. mereka beli harga kat katalog tu.. memang masa tu tak tahu lah diskaun.. biler first time beli kat stokes highway petaling jaya.. tetibe je.. ada lah pulak dia bagi 20% (masa tu taka da downline lagi).. punya lah meloncat sebab dapat diskaun 20%. Banyak tu..

Dan bile dah ada banyak macam tu.. saya start berjumpa dengan seorang kakak.. dari organisasi yang lain.. di Kayangan.. iaiatu hajjah sahliah kasmani.. saya pun secara kebetulan.. anak kak lia dan menantinya.. adalah anak didik saya semasa di Kolej professional mara beranang.. oleh kerana kenal ngan anaknyer.. maka lebih mesra disanayang bertempat di aman suria..
Kak lia  lah yang banyak mengajar tentang product knowledge dan cara nak buat party sehinggakan party pertama pun dia yang bantu buat..
Tak cukup ngan itu saya dibawa oleh kakak jumpa dengan upline nya.. kak ### dan Kak ### (nama tak leh diberitahu).. bile ke stokes ampang.. berjumpa dengan 2 orang wanita yang tengah terpekik telolong di dalam bilik.. ala ala bersemangat.. lalu saya pun duduk dan cume menengok.. masa tu sibuk bercerita pasal trip.. dan yang best nyer.. semua pompuan dan dialah shireen tan yang betul betul ada kuasa dari suara dan keyakinan diri nya.. masih ingat masa tu dia bukak biznet kakak saya dan terus bertanya.. “siapa yang buat ini RM4000?”.. masa tu.. kakak saya cakap.. “ adek saya.. “ sambil tangannyer menjukkan pada saya.. dan dia seolah olah terkejut dan macam tak caya.. terus dia cakap..  balik.. “bukan un parking sales?”.. dan lantas saya menjawab.. memang saya beli.. kat PJ..
Terus dia senyap dan terus dia tukar topic.. rasanya dia tak caya kot LELAKI  boleh jual Tupperware jugak.. dan ingat lagi masa tu pun ada Lai peng.. UPLINE saya yang berada di tawau.. dan baru saya sedari.. saya under BCO tawau, sabah.. dan ingat lagik.. mereka menjerit..
“siapa mahu pergi BEIJING?”.. ambek tangan (means angkat tangan)..
Saya pun dengan rasa tak malu.. angkat je la tangan sebab teruja nak ke Beijing..
Dia cakap lagi “ u belum boleh pergi.. maybe next year trip.. ini hanya director sahaja..”
Saya pun rasa maluuuu sangat.. dan nak Tanya.. DIRECTOR tu apa?..
Banyak betul benda tak tahu.. dan jauh dari lubuk hati.. teringin nak ke Beijing..
Dan bile balik.. asyik fikiran Beijing sahaja.. lalu saya mengatur strategi dan belajar dari manual dengan sendiri.. semua sendiri.. bukan kakak tak nak ajar.. tapi dia pun ala ala macam tak berapa nak berminat + suami dia tak berapa nak support.. jadi dia ala ala tak buat..
Bile belajar sendiri.. memang payah.. tapi atas usaha membelek buku manual Tupperware.. saya rasa inilah business saya..
Bulan ke 3.. saya terus membuat sales dan mencari recruit.. sales saya dapat dalam 8000 .. sangat teruja dan paling best.. saya terus mendaftar sebagai seorang DIQ..
Dan paling tak sangka.. bulan ke 4.. saya masuk dalam business ini.. start dengan RM44 ringgit komisen.. terus melonjak ke RM664 komisen.. memang banyak betul pengaruh 4 dalam hidup saya.. anak ke 4.. komisen bulan ke 4.. mula start komisen dengan 44.. dan komisen bulan ke 4.. 664.. hehehhe   kebetulan..
Dan akhirnya pada bulan ke 5..sesuatu yang diluar jangka.. saya telah bergelar DIRECTOR..
Dengan komisen RM4000 terus dan menghasilkan 3 orang Director terus.. semuanya adalah Director lelaki..
Paling mengharuankan… shireen memaklumkan pada saya.. saya layak ke BEIJING.. kerana bulan ini team sales saya mencecah RM 53 000… memang diluar jangkaan tetapi kenyataan..
Atas pengalaman itu.. komisen saya mencecah RM1000 bile bergelar director 3 star dan sehingga kini dan mencecah RM7000 sebulan dan Alhamdulillah.. dengan wang Tupperware , saya akan memberikan pada mak dan ayah saya duit untuk ke Mekah minggu depan.. sangat sangat seronok..

Oleh yang demikian.. saya nak share.. betapa kalau saya punya UPLINE yang guide saya.. semestinya kejayaan itu lebih tetapi syukur.. kerana taka da upline.. saya tahu pahit getir dalam memulakan perniagaan..

Yang saya teruja teruja sebab first time terus dapat RM4000 lebih.. memang diluar jangkaan sangat..  dan saya focus terus dalam Tupperware.. dan syukur.. baru baru ini saya diumumkan champion dalam % increase growth iaitu sebanyak 308%.. dimana diambil dari tahu 2012 dan 2013.. Alhamdulillah..

Jadi, saya nak share sikit tentang peri pentingnya dan saya  tak nak anda susah susah taka da hala tuju.. selalunya kalau tak kuat semangat.. pasti boleh give up.. namun.. bile ada upline.. yang baiknyer.. dia akan share apa yang boleh dan apa yang tak boleh..

Oleh yang demikian.. saya share dengan anda tentang..

TIPS memilih UPLINE Tupperware

1.  BERFIKIRAN POSITIF
Mendekati upline yang selalu berfikiran positif adalah salah satu kunci kejayaan kita.. upline senantiasa focus dan positif dalam kerje yang dia buat dan senantiasa beri semangat pada downline.. pernah tak jumpa upline yang sama sama down dan sama sama memberi alas an.. ia tak ubah seperti seorang guru yang mengajar anak muridnya merokok.. walaupun upline tak berapa perfume.. tapi upline harus mempunya sikap positif yang sangat teguh..

2.  BERANI DAN KENTAL
Upline yang berani dalam membuat keputusan adalah upline yang kita harus carik dan kita perlukan kekentalan jiwa.. kalau ada apa apa yang berlaku.. upline kena protect downline.. dan kalau downline buat silap.. upline kena berani tegur dan beri nasihat berguna.. agar tidak terlanjur melakukan kesilapan yang seterusnya..

3.  KREATIF ATUR STRATEGI
Saya melihat upline yang kreatif dalam membuat cara baru.. tak kisahlah dia buat poster ke.. dia kreatif buat party dan buat sesuatu yang menarik.. dan upline yang kreatif ini selalu membuat kejutan pada downlinenya dan downline akan  jadi seronok dan sangat bahagia.. kreatif dalam mengatur strategi juga adalah salah satu dari kreteria pemilihan upline..

4.  RAJIN DAN SMART
Siapa yang rajin memang akan Berjaya.. tetapi kalau dia rajin dan smart dalam membuat strategi.. tidak lah penat sangat nak capai kejayaan.. kena  buat kajian dan brainstorming idea.. itulah cara upline untuk bertindak.. dan upline yang pandai membahagi masa merupakan upline yang masuk dalam factor pemilihan juga kerana bijak merebut peluang dan membahagi masa.


5.  BERTANGGUNGJAWAB 
Satu satu perkara adalah berbalik pada tanggungjawab.. sebagai seorang upline yang mendapat duit komisen dari downline.. saya bertanggungjawab untuk share something kepada mereka.. dan kita harus menghargai mereka juga., berikan mereka hadiah dan recognition.. dan paling penting kena telus dan bantu yang mana boleh dibantu.. jangan pulak sampai bantu letak sales beriban riban.. tanpa membiarkan dia berusaha.. jadi pikirkan lah.. tepuk dada Tanya Tupperware..


Monday, October 28, 2013

Buat Duit Dengan Seronok dan Gembira

Assalamualaikum....♥♥

Nak percaya atau tidak itu hak anda!!!? Tapi cuba berfikir 30saat adakah anda sekarang memerlukan
Side income yang boleh membantu kewangan anda di saat ini? Yang boleh meringankan beban hutang anda. FACEBOOK adalah satu platform yg mudah utk kita menjana pendapatan sehari-hari. Ruginya sehari-hari kita duk buka fb sekadar baca status kawan-kawan, chat & main game. Alangkah baiknya kalau kita manfaatkan dgn fb untuk menjana pendapatan sampingan betul tak?
So Izan nk bagitahu kat anda marilah kita sama-sama menjana pendapatan lumayan dengan join keahlian Tupperware Brands bersama Team power yang bukan sekadar angan-angan tapi kenyataan. Now Izan dah pun dah dpt komisyen, anda pasti boleh kan? contact Izan skrg pm@sms/whatsapp 017-3120116


Kalau kita nak berniaga kita perlu suka barang yang kita nak niaga tu. Izan suka bekas makanan yang berwarna warni... dan apabila disusun nampak sangatlah menawan hatiii... Jadi, Tupperware Brands memenuhi kriteria tersebut.... Saya sangat sukakanyaaa...
Nak pilih bisnes kena pastikan 3 ciri: 
1. Serasi dgn naluri 
2. Margin cukup tinggi 
3. Rasa asyik mengerjakannya - tidak membosankan walaupun di kerjakan sepanjang hayat. 
4. Membantu kita menabung setiap hari. 
5. Berpotensi membawa kita ke puncak jaya.

 Dengan Tupperware Brands... saya mendapat kesemua yang saya inginkan... jika anda pun mahu... Jom setai kami sekarang... contact Izan 017-3120116

kenapa Berminat Dengan Tupperware Brands

Assalamualaikum...
Di sini saya paste antara yang berminat untuk menjadi ahli tupperware... ini bbrp contoh dekat facebook yang saya sempat print screen. Dekat whatsapp dan fanpage pun ada tapi saya tak sempat nak copy & paste.




Mereka berminat dengan Tupperware Brands kerana banyak sebab.... antaranya

dan sebagai ahli juga anda mendapat pelbagai manfaat... 

A : apa kelebihan ahli TUPPERWARE ?

Q : anda akan mendapat potongan harga dari 20% hingga 25% pada semua produk keluaran TUPPERWARE. selain itu, anda boleh menjana pendapatan sampingan, malah ada yang menjadikan sebagai pendapatan sepenuh masa. hadiah dan saguhati juga takkan putus-putus mencari anda.

A : apa maksud anda dengan semua produk TUPPERWARE ?

Q : buat pengetahuan anda, TUPPERWARE bukan sahaja mengeluarkan produk berasaskan tupperware malah meliputi barangan kesihatan, barangan dapur dan sebagainya. untuk maklumat lanjut, sila lihat senarai produk kami.

A : bagaimana yang anda katakan dengan TUPPERWARE dapat menjana pendapatan

Q : bermulanya anda menjadi ahli tupperware, anda akan mendapat potongan harga sebanyak 20% hingga 25% pada setiap barangan yang anda beli di semua kedai TUPPERWARE. Selain itu,  yang jarang-jarang orang tahu, TUPPERWARE menawarkan saguhati berupa barangan TUPPERWARE, wang ringgit, kenderaan, pelancongan dan banyak lagi kepada ahli yang mencadangkan keahlian kepada orang lain. untuk keterangan lanjut, hubungi kami dalam talian.

A : hadiah-hadiah seperti yang dinyatakan ini mitos atau fakta ?

Q : semuanya benar-benar belaka, buat pengetahuan anda tahun ini TUPPERWARE menawarkan HONDA kepada ahlinya yang dapat mencari dan mencadangkan keahlian lain mengikut syarat yang ditetapkan kepada syarikat. unit kenderaan ini tidak terhad dan mungkin anda salah seorang daripadanya. awal tahun ini juga, TUPPERWARE telah memberikan hadiah pelancongan percuma  kepada ahlinya. dan yang paling hampir dengan saat ini, TUPPERWARE menawarkan PELBAGAI hadiah beserta TUPPERWARE penuh sarat didalamnya. anda boleh melayari web TUPPERWARE untuk bukti.

A : apa yang perlu saya buat untuk menjadi ahli ?

Q : sangat mudah, anda hanya perlu keluarkan sekurang-kurangnya RM70 untuk menjadi ahli. dengan RM70 ini, anda akan diberi barangan TUPPERWARE yang dikenali dengan nama Kit bag. 
kit bag bernilai rm70

 Jika anda seorang yang berduit, saya mencadangkan anda mendaftar menjadi ahli dengan cara pendaftaran kedua ini. TUPPERWARE menawarkan cara pendaftaran kedua dengan harga RM280.00 sahaja. mengapa mahal 4 kali ganda ? kerana anda akan mendapat barangan TUPPERWARE 6 kali ganda lebih daripada kit bag yang ditunjukkan di atas. dengan RM280.00 anda diberi pilihan untuk memilih barangan penerimaan anda apabila mendaftar. Samada Set Treasure Box atau Wellness Set.

dengan RM280, anda akan mendapat kit tupperware atau kit kesihatan bernilai RM514.50 (pilih salah satu), kit perniagaan RM 70.00 sama seperti yang pendaftaran cara pertama. Ini bermakna anda membelanjakan RM280.00 untuk barangan bernilai RM514.50 daripada TUPPERWARE. sebab ini saya syorkan anda mendaftar ahli dengan cara kedua yakni RM280.00

A : jika saya mendaftarkan diri di kedai TUPPERWARE cawangan anda, adakah saya boleh membeli di kedai cawangan lain, contohnya Kuala Lumpur ? 
dan, apa kelebihan saya mendaftar di kedai anda?

Q : boleh anda boleh membeli di mana-mana sahaja kedai TUPPERWARE dan untuk makluman anda lagi, TUPPERWARE adalah terbuka bukan sahaja di MALAYSIA, malah di seluruh dunia. kelebihan untuk mendaftar di bawah saya, anda akan diberi satu hadiah istimewa... dan saya akan guide anda sehingga berjaya. Kami adalah dalam satu pasukan yang kuat dan saling membantu antara satu sama lain... Kami adalah Team Power..

A : jadi, jika saya berminat untuk mendaftar sebagai ahli TUPPERWARE dengan anda, apa yang perlu saya buat ?

Q : emelkan atau sms/whatsapp kepada saya nama penuh anda, butiran alamat anda, no kad pengenalan dan salinan kad pengenalan, melalui izan_craft@yahoo.co.uk  Anda juga boleh menghubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan keterangan yang lebih lanjut mengenai TUPPERWARE di talian 017-3120116 (Izan)

Friday, October 25, 2013

Rice Dispenser Tupperware Harga murah

Rice dispenser ni akan naik harga bulan depan... saper tak grab skrg memang rugiiiii.....!!!

Ramai yang tanya apa bagusnya pakai RICE DISPENSER tupperware ni? kan senang pakai tempayan or tong plastik biasa je..
Selain dari cantik and outstanding, nampak sket stylo bekas beras ni letak kat dapur. hihihi


Antara kelebihan2 RICE DISPENSER ni:

1. rekabentuk laci yang menarik dan mengelakkan tangan tersentuh beras. beras yg di isi dalam tempayan atau tong plastik besar perlu menggunakan cawan kecil untuk mengambil beras. oleh itu, beras akan tercemar dengan lembapan yang mengakibatkan pembiakan bubuk/kutu beras

2. kapasiti setiap tarikan laci adalam lebih kurang 150 gram bersamaan satu cawan kecil beras. beras boleh terus dimasukkan dalam periuk nasi.Haaa.. mudah kan.. jimat masa dan tenaga... i memang suka benda2 yg mudah ni

3. beras yang lama dibahagian bawah di keluarkan terlebih dahulu berbanding beras yang baru di bahagian atas.konsep FIRST IN FIRST OUT

4. menjimatkan ruang dan mudah diletakkan di atas rak atau meja, jadi tidak perlu membongkok semasa mengambil beras. Posture badan kena jaga... badan nak pakai lama cik kak oittttt

5.boleh menyimpan 10.5 kg beras

6.cermin di bahagian hadapan memudahkan kita melihat jumlah beras yang masih tinggal

7.
bahagian bawah yang bergetah mengelakkan nya dari mudah menggelongsor apabila terlanggar. tapi kalo korang sengaja langgar kuat2 tu KLCC pon bole runtuh hahaha

8. bahagian bawah yg lebih tinggi dan kedap air (water resistant) menghalang air msk dari bhgn bawah.

9. mudah ditanggalkan dan dibersihkan

Apalagi puan2... tong beras pon kena stylo hihihi..lai...lai...lai..PM laju2.. stok terhad boleh juga

sms/whatsapp Izan 017-3120 116

ia juga sangat bagus untuk di jadikan hadiah perkahwinan...pasti menjadi antara hadiah paling special dan dihargai..percayalah!!


Tupperware Modular Mates Starter Set

 
 
bekas untuk cookies, kacang, spageti dll... Set ini adalah penyelesaian penyimpanan terbaik untuk anda dan keluarga anda. Ia juga terbaik sebagai hadiah kepada rakan-rakan dan keluarga anda di mana-mana majlis. Datang dengan Gift Box.


Product Details:

Modular Mates Square 2 – 1 Unit (2.6 Liter)
Modular Mates Ovals 2 – 1 Unit (1.1 Liter)
Modular Mates Rounds 2 – 2 Unit (440ml)
Gift Box

Thursday, October 24, 2013

Cari Income Cara Mudah

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Sejak kenaikan harga minyak ni semua orang asyik berbicara tentang kenaikan kos berbelanja. Kata mereka bila minyak naik 20 sen harga barang pula naik 50 sen. Ada tu naik sampai RM50. Ada juga dah kedengaran persatuan-persatuan pengasuh nak naikkan upah jaga anak hingga ke Rm100 kenaikannya. Bas sekolah punya kos, tuisyen anak dan mungkn lepas harga pos atau setem mungkin akan naik. Macam-macam kita dengar dari bualan samada di medan kedai kopi atau di medan media sosial seperti blog, twitter, facebook tentang hal ini.

kalau fikir saja pun tak akan selesai masalah ini. lebih baik kita berusaha untuk tingkatkan hidup kita. Buat perkara yang menguntungkan yang boleh menambah duit poket. Dengan menjadi ahli Tupperware Brands, hidup saya kini berubah... income yang datang bukan sikit... sekurang-kurangnya dapat juga menampung perbelanjaan dapur, susu, dan diapers anak... 


BERMINAT?? pm@sms/whatsapp Izan 017-3120 116

INGAT...!!! KEJAYAAN HANYA MILIK ORANG YANG MAHU BERUSAHA...


Sunday, October 20, 2013

kenapa Perlu Jadi Ahli Tupperware Brands

Assalamualaikum...dan salam sejahtera...
 kenapa anda perlu sertai kami...??
  1. Pengiktirafan dari upline untuk keahlian baru.
  2. Pengiktirafan untuk downline yang capai target.
  3. Pengiktirafan dan penghargaan untuk downline yang naik pangkat.
  4. Dapat hadiah misteri dan surprise dari sifu kita dan upline.
  5. Yang paling penting anda tak bersendirian kerana kita ada keluarga besar iaitu TEAM POWER
  6. Kami bersatu hati dan saling tolong menolong antara satu sama lain.
 Yuran pendaftaran bermula dari RM70 sahaja... jangan lengah lagi...  jom sertai kami.. ada special gift menanti anda...
Jika berminat isikan butiran seperti di bawah...


berani dan jadilah seperti mereka....






 Jika Anda ambil pakej ini pilih 1 atau 2... hanya tambah RM210.... meriah dengan pelbagai barangan yang berharga rm400++
anda boleh terus memulakan perniagaan tupperware dengan pakej ini...sangat murah berbaloi-baloi....

pakej RM280

Bagi sesiapa yang nak tambah pendapatan sampingan jomla join Tupperware Brands dan sertai Team Power adalah jalan terbaikkk....

hubungi Izan 017-3120 116