Assalamualaikum...
Di sini Izan nak kongsikan sesuatu yang bermanafaat untuk semua... Izan copy ni dari wall sedara Izan. Sesuatu yang baik elok di kongsi bersama... sila baca yer kawan-kawan...
Kalau nak jadi usahawan , kena bersedia untuk antibodi diri dari penyakit 2M. Ape tu penyakit 2M…
Penyakit berjangkit yg sgt saya takut : Malas & Malu . Kadang2 mmg ada tanda2 penyakit nie nak menyerang….kena cepat2 cari ‘ubat’ dan selamatkan diri. Sebab kalau dah dpt penyakit 2M nie..masyallah amatlah susah nak baik.
Penyakit Malas nie yg paling kronik dan saya sendiri selalu terkena penyakit nie..kena sentiasa beringat dan cepat2 berubat....
Bahaya penyakit MALAS
Malas bangun pagi...tertutup pintu rezeki..
Malas nak buat promosi..tunggu client bukan cari client…confirm business tak lama.
Malas nak buat accnt…untung ke..rugi ke..sedar2 duit modal dah ‘hilang’.
Malas nak beribadat dan berdoa… hilang berkat dlm hidup.
Dan bermcm2 Malas lagi…
Malas menjadi alasan untuk kurang bertindak….semua sekadar di mulut….hidup mmg tak kemana2.
Malas untuk merancang….masa berlalu tanpa sedar…bila dah sedar dah terlambat.
Yang bahayanya penyakit malas nie…penyakit yg menyerang dlm senyap…dan kalau kita tak betul2 muhasabah diri mmg kita tak rasa pun ada penyakit malas nie.
Antara tanda2 penyakit malas :
Hidup rasa tak tenteram dan tak terurus
Hidup takde kemajuan…masih disitu. Org lain dah kedepan...dn kita ketinggalan.
Sentiasa mengeluh dan asyik mencari salah keadaaan dan orang lain
Terasa mcm tak suka nak bergaul dgn org sebab rasa rendah diri
Kerja takde tapi masa pun takde…apa kita buat sebenarnya hari2 ???????
Jadi jom kita buang penyakit MALAS nie sebelum terlambat ..
YAKNI Sebelum datangnya 5 perkara :
p/s : lagi satu M..penyakit MALU ( yg tak bertempat ) ...bersambung nanti yaaaaa....

No comments:
Post a Comment