Tupperware Cik Puan Izan

Tupperware Cik Puan Izan

Sunday, January 19, 2014

Jom Buat Tart Telur Cara Mudah, Cepat, Jimat Masa, Jimat Letrik atau Gas

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...
Hari sabtu lepas Izan menghadiri demo membuat tart menggunakan periuk Tupperchef Inspire Cookware dekat stokis tupperware kelana Jaya... Hostnya tak asing lagi iaitu sifu kita Syamputra Razali.
 Demo yang dibuat menggunakan periuk yang sangat berinovasi.. Dengan tupperchef inspire kerja menjadi mudah, cepat, selesa dan menyenangkan.. tak perlu tunggu lama untuk masak lemak, sambal dan sebagainya...percaya tak masak rendang hanya 20minit diperlukan. Boleh digunakan untuk masak KEK, PIZZA, MUFFIN, NASI BERIANI, NASI LEMAK, STEAMBOAT pun boleh.... Tak perlu juga tunggu lama asyik nak mengacau...kuali serta periuk bagai tak melekat..ringan dan mudah dibawa kemana-mana...BAGUSkan..? Macam-macam pun boleh.... SERBAGUNA sangat-sangat...

Kelebihan:

Sesuai digunakan atas dapur biasa dan induction.
Air wap takkan jatuh ke atas food yg kita masak. Akan mengalir ke tepi.
Kualinya deep kebawah.. sesuai utk masak steamboat, kukus ikan dan sebagainya.
Masak muffin pun sekata ajer... lebih sekata dr guna OVEN...
Okay, tanpa buang masa kita mulakan dengan bahan-bahan untuk buat tart telur...
lebih mudah begini bukan.. hehehe.. anda boleh nampak sendiri bahan-bahan yang digunakan untuk tart ini seperti gula,tepung gandum, telur,majerin, custard, icing sugar, air dan fresh milk.
 
 Bahan Kulit:
500 gm tepung gandum
11/2 cawan majerin
4 sudu besar gula icing
1 biji telur
Cara:
1. Masukkan telur dan gula icing dan gaul rata.
2. Masukkan majerin dan tepung gandum dan gaul sehingga sebati.
3. Letakkan kulit tat di dalam dulang acuan bermangkuk kecil.
4. Cucukkan dgn garfu..[tujuannya untuk hilangkan gelembung angin] 
 6. Masukkan dalam periuk inspire selama lebih kurang 3 minit. Contohnya macam ni. Tapi ni gambar setelah letak inti.

Okay..kemudian kita lihat pula bahan-bahan untuk inti atau filling.
 Bahan Filling Kastad Telur
1 cawan fresh milk
1 cawan air biasa
4 biji telur
1 cawan gula 
1 sudu besar tepung kastad

Cara:

1. Masukkan semua bahan dalam bekas seperti ini dan goncang sahaja sehingga sebati.
atau boleh saja kacau di dalam manggkuk kemudian baru masukkan dalam bekas tadi untuk memudahkan kita menuang.
2. Tuangkan keatas kulit tart yg telah dibakar separuh masak kemudian masak lagi selama 3 minit.
dan tadaaaa.... beginilah hasil dan rupanya...

kalau anda tak sempat buat semuanya boleh juga masukkan di dalam bekas begini dan  simpan saja dalam peti ais...
selamat mencuba....
 Jika berminat dengan Tupperchef Inspire Cookware yang sungguh jimat masa, tenaga, letrik dan gas...anda boleh hubungi Izan 017-3120116