Tupperware Cik Puan Izan

Tupperware Cik Puan Izan

Friday, January 10, 2014

Nutrimetics Apricot Yang Sungguh Awesome

Assalamualaikum semua...

Kali ni Izan cuma nak share produk muka yang sangat berkesan...produk ni takdelah mahal tapi tak murah jugak...sederhana jer! alah kulit muka Izan ni bukan lah cantik mana pun! huhuhu...tapi bagi kawan-kawan yang ada tanye Izan hari tu, inilah produk nya..!


haaa..ni lah produk nutrimetics...! produk berasaskan apricot, baunya wangi sangat tau, bau macam chewing gum! hehe...sampai rase nak makan jer!!  yang paling kanan ialah expoliating gel...di dalamnya ada apricot seed powder! ohsem kan?? kena pakai lepas cuci muka tau,tapi kena pakai 2 minggu sekali jer...haa! jimat kan? kerana gel ni just untuk buang minyak-minyak berlebihan sahaja...

di sebelahnya pula yang paling izan sukea tau, oil free moisturiser spf 15! bukan senang nak cari produk yang ada apricot kernel exract dalam ramuan dia...sebabnya ramuan ni dapat melambatkan proses penuaan..bila kulit kita cukup air, so wrinkle wringkle pun lambatlah sikit nak bertempel kat muka ni...

kemudian balancing toner pula yer.. bukan toner biase tau! toner ni sangat lah berkesan! kalau warna kulit tu x sekata, bolehlah cuba toner ni...dalam toner ni pulak, ada chamomile extract! so, liang pori yang tersumbat tu akan di bersihkan! haha...korang tau x apa penyebab kita selalu je ade jerawat?? haa..sebab liang pori ada problem lah tu ...erk!! macam lah kulit aku cantik sangat kan...kikiki  

yg terakhir tu pulak nama dia cleansing mousse...alah, senang cakap ni just pencuci muka lah...so, sesuka hatilah nak pakai berape kali yang korang nak...haha...tapi selalu nya Izan guna time mandi pagi, dan lepas balik kerja malam atau sebelum nak tido lah kan...yang bestnya, pencuci muka ni ada vitamin E! seriously tak tipu tau! untuk makluman korang, vitamin E sangat penting untuk kulit ^___^

Kita memang selalu kena  jaga kulit tau sebabnya kulit ni aset utama bagi setiap orang!

So, jom cantik bersama "Nutrimetics Apricot" sesuai untuk kulit normal, berminyak dan semua jenis kulit. setiap 1 berharga antara rm35-39.. pm untuk dapatkan harga terbaikk..

Produk penjagaan muka Apricot ini dirumus khas dan diperkaya dengan pelbagai ekstrak botanikal serta penuh dengan bahan-bahan berkhasiat. Ia bertujuan untuk mengimbangi kulit wajah yang berminyak dan memeliharanya agar cerah berseri. Diantara bahan-bahan yang terkandung di dalam set ini ialah aloe vera, minyak isirung aprikot, serbuk biji aprikot, ekstrak chamomile, SPF 15 dan Vitamin E.

Set Apricot ini terdiri daripada:

Cleansing Mousse >> Mousse berbuih dengan biji-biji aprikot halus bertindak membersih liang roma bagi menghilangkan kotoran dan melindungi keseimbangan lembapan agar kulit sentiasa halus dan bebas cela. Sesuai digunakan setiap hari.
Exfoliating Gel >> Gel yang berasaskan air ini bertindak menanggalkan sel mati dan kotoran pada kulit yang menyebabkan liang roma tersumbat dan kulit kusam.
Balancing Toner >> Losyen penyegar yang bertindak menyingkirkan sisa-sisa pencuci secara menyeluruh bagi menghalang liang roma daripada tersumbat. Ia juga membantu mengecilkan liang roma.
Oil-Free Moisturiser SPF 15 >> Krim yang melembap, menghidrat dan menyuburkan kulit tanpa meninggalkan lapisan melekit atau menyumbat liang roma ini mengandungi SPF 15 yang melindungi kulit daripada kesan negatif akibat terdedah pada cahaya matahari.

No comments: