Assalamualaikum...dan salam sejahtera...
Ini adalah aktiviti sepanjang Izan berbisnes Tupperware. Kebanyakan orang kata takde masa nak berbisnes. Tapi bagi Izan senang jer...part time pun boleh buat. Kalau nak berjaya jangan sesekali cipta alasan..kalau tak sampai bila pun duk ditakuk lama... Mula-mula memang rasa susah tapi kalau dah biasa semuanya menjadi senang. Ni order pertama yang Izan dapat... oklah kan.. sikit pun jadilah... yang penting keep promote dan jangan putus asa.
Rupanya seronok juga berbisnes... lepas tu boleh dikatakan tiap-tiap minggu pergi stokis... banyak jugak dapat order..lagipun tak susah meniaga tupperware...hulur jer katalog pasti ada yang beli. Kalau orang tu mampu mesti dia order punyaaa...
Setiap kali beli barang setiap kali tu jugak Izan daftar ahli baru...seronok tak terkata... rupanya mendapat sambutan yang luar biasa..tak sangka ramai betul peminat tupperware.
Sambil melayan anak-anak sempat lagi ke stokis...hehe.... kalau nak buat bisnes jangan malu dan segan. Bukannya kita buat benda tak elok kan...kita mesti tonjolkan dan perkenalkan kepada semua bahawa kita ni peniaga Tupperware... Barulah ramai yang cari kita nak order tupperware.
Balik kerja pun sempat lagi singgah stokis... balik kerja 5.30 stokis tutup pukul 6.30... selalu rushing...sampai stokis kul 6.15...hehe...sempuutt...!! apapun kalau kita nak mesti kita usaha macam mana cara sekalipun... bukan senang nak senang oii...hehe...
Ni pulak sekali daftar 4 orang... masa mula-mula dulu sekali pegi stokis daftar 1 atau 2 orang jer... syokk sangat... Macam tak percaya pun ada... Izan dah jadi ahli selama 3 bulan dan ahli di bawah izan pun dah 40 orang.. syukur sangat..
Disamping kita berjual beli kepada customer kita... ajak jerlah diorang masuk ahli. Dah ramai yang tahu dan sedar kelebihan dan keistimewaan menjadi ahli. Bukan saja jadi ahli sebab nak buat bisnes...nak guna untuk sendiri pun boleh... untung tau...boleh terus beli dengan harga diskaun 25%...jimat banyak tuu...salah satu contoh macam ni... keistimewaan yang lain banyak lagilah...
Tapi, bagi yang nak join sebab nak bisnes dan betul-betul buat side income...Izan akan guide dia sampai dia dapat cheque.. kalau dapat sahut cabaran pula Izan akan bagi dia hamper... mesti happy kan??
Ramai juga yang minat tapi katanya takder modal... Tapi, cuba fikir..bisnes apa yang tak pakai modal?? Tapi, Izan dulu keluarkan modal RM70 sahaja... modal yang bayar daftar tu jerlah... lagipun macam beli barang jer... keluar duit tapi dapat tupperware besar...harga RM50 jugak tupperware tu...dapat keychain...kitbag dan macam-macam lagi... selepas dah jadi ahli, bila orang order dan bank in duit baru Izan pegi beli barang dekat stokis. Sekarang bila dah banyak order...modal pun banyak..banyak jugalah Izan buat stok. Lagipun banyak jugak Tupperware free yang Izan dapat. Memang tak habis guna tupperware tu...siap bagi orang lagi...
Ini sahaja yang Izan mampu share... keputusan di tangan anda sama ada anda ingin berjaya atau tidak. Tapi, kalau rasa nak berjaya dan betul-betul nak buat side income dengan Tupperware Brands boleh hubungi Izan 017-3120116 ... ingatt....!! ada FREE GIFT menanti anda...!!








No comments:
Post a Comment